Monday, November 21, 2011

MAKAN SEMUA

Makan semua
Tiada istilah makanan yang baik atau tidak baik untuk kesihatan. Bagaimana? Kesederhanaan dan kepelbagaian ialah kata kunci untuk menikmati kesemua jenis makanan. Bagi pencinta diet, kawalan terhadap pengambilan makanan sangat dititik beratkan tetapi jangan dilupa bahawa setiap jenis makanan punya nutrisi dan fungsi tertentu untuk sistem badan bekerja hingga ke akhir hayat.
Menurut nota modul nutrisi,  kita harus selalu berupaya membahagikan jenis makanan  yang diambil iaitu :
1)      Makanan yang diambil selalu
2)      Makanan yang diambil kadang-kadang
3)      Makanan yang diambil jarang-jarang
4)      Terlalu banyak mengambil makanan yang diambil jarang-jarang dan terlalu sedikit mengambil makanan yang diambil selalu =  diet yang salah!

Bagaimana ini berlaku?
Sebagai contoh makanan yang diambil selalu rakyat Malaysia umumnya ialah nasi berlauk. Makanan yang diambil kadang-kadang pula ialah seperti mee goreng/kuew teow goreng manakala  makanan yang diambil jarang-jarang  iaitu makanan ringan seperti snack, aiskrim dan sebagainya. Tetapi sekiranya pengambilan makanan yang selalu diambil telah dikurangkan kerana berpendapat ia menggemukkan dan memperbanyakkan  pengambilan makanan yang jarang diambil kerana merasakan ia lebih ringan maka boleh menurunkan berat badan. Anda salah!
Diet yang seimbang ialah :
a)      Mencukupi  - memberi  tenaga, nutrisi,fiber dan vitamin
b)      Sederhana   - mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana. Tidak berlebihan
c)       Seimbang    - mengambil kombinasi makanan yang mengangdungi  nutrisi yang seimbang
d)      Kepelbagaian - mengambil jenis makanan yang berbeza dari kelompok makanan yang sama
e)      Waktu makan – makan waktu pagi ialah penting  dan makan tengahari adalah kemestian, makan malam ialah pilihan.
Jadi,
Selamat menikmati makanan semua!

Monday, November 14, 2011

TOTOK AURA WAJAH

Apa itu totok aura? Ia mungkin kedengaran asing di telinga masyarakat melayu tetapi ilmu pertotokan ini telah lama wujud yang berasal dari zaman cina kuno. Totok digunakan untuk mengubati berbagai penyakit. Menurut ilmu totok, penyakit sebenarnya timbul kerana adanya sumbatan yang menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Oleh itu oksigen di dalam darah yang begitu penting untuk metabolisme tubuh, akhirnya berkurang.

Para terapis zaman Cina kuno menggunakan cara penekanan atau acupressure di titik-titik saraf pada wajah untuk melancarkan perjalanan darah. Cara seperti itulah yang dinamakan totok. Totok yang awalnya untuk kesehatan ini, akhirnya berkembang luas untuk kecantikan. Dari mulai totok wajah untuk memancarkan aura hingga keseluruh tubuh.

Kebaikan Totok Aura Wajah
- Melancarkan peredaran darah pada wajah sehingga wajah menjadi lebih segar, cerah bersinar dan awet  muda
- Menghilangkan noda hitam pada wajah
- Mencerahkan wajah
- Mencegah kedut serta penuaan diri
- Mengurangi insomnia (kesukaran tidur)
- Menguatkan otot wajah dan otot mulut
- Meningkatkan saraf mata
- Mengurangi resdung
- Menyembuhkan sakit kepala dan migrain

Dapatkan Totok Aura di Serai Wangi Spa & Salon hari ini

Serai Wangi Spa & Salon

Serai Wangi Spa & Salon adalah sebuat pusat spa tradisional yang berasaskan bahan-bahan alami dan perawatan tradisional dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan-pelanggannya. Bersesuaian dengan namanya Serai Wangi Spa berusaha mengangkat martabat penjagaan wanita melayu lama seperti berlulur (scrub), bertangas(sauna), bermangir(body mask), mandi bunga-bungaan(floral bath) dan byk lagi rawatan kecantikan sebagai salah satu alternatif penjagaan kesihatan yang semakin popular kini.

Pilihan dari rawatan kecantikan mahkota idaman wanita iaitu rambut sihat dan menawan, rawatan facial untuk wajah cerah berseri. Rawatan badan iaitu 'body spa' .Tidak lupa rawatan pedicure dan manicure untuk pencinta kecantikan kuku.

Tunggu apa lagi, bersedialah dibelai rawatan terapi tradisonal oleh pakar-pakar terapi yang sedia menunggu kedatangan anda. Dapatkan lokasi premis kami iaitu :

                                 No. 4-3, Desa Mentari, Jalan PJS6/5F,
                              Batu 9, Off Jalan Klang Lama,
                              46000 Petaling Jaya, Selangor.

Sila hubungi talian dibawah untuk temujanji mahupun keterangan lanjut :

                                                         0166985578 @ 0123288204