Tuesday, April 17, 2012

Tips Penjagaan Rambut

Setiap orang memiliki jenis rambut yang berbeza dan menghadapi masalah yang berbeza-beza juga. Namun perkara utama yang perlu dikenal pasti ialah untuk mengenali sendiri jenis rambut anda. Dengan itu mudahlah anda merawatnya.

Rambut Kering
Gunakan syampu yang mengandungi repair system dan reconstructor yang baik. Penggunaan kondisioner adalah kemestian setiap kali selepas bersyampu. Lengkapkan dengan serum rambut yang sesuai setelah rambut di lap hampir kering.

Rambut kasar dan susah diurus
Gunakan serum rambut yang mengandungi perlindungan dan memberi sinar pada rambut untuk menghalang rambut bergumpal dan berterbangan. Jika anda berambut kerinting, pilihlah minyak/gel pelembut yang sesuai (curl definer). Amalkan memakai semburan rambut berasaskan susu atau bahan pelembap yang lain sebelum menggunakan iron rambut atau hair blow.

Permed hair/rebonding
Pastikan anda menggunakan produk yang spesifik tertulis untuk permed atau rebonding kerana ia memberi perbezaan yang besar. Rambut yang telah pun dikenakan bahan chemical perlu menggunakan produk yang khas. Ini kerana bahan-bahan campuran di dalamnya telah dirumus khas untuk merawat jenis rambut begini. Cuba gunakan jebis condisioner yang leave-in.

Rambut berwarna
Anda memerlukan jenis syampu dan kondisioner yang dapat mengekalkan warna rambut dan mengembalikan kelembapan rambut agar ia terus sihat bersinar. Anda juga boleh menggunakan 2 jenis syampu secara bergilir iaitu color locking syampoo dan mosturising syampoo. Penjagaan yang tidak rapi terhadap rambut berwarna akan menyebabkan rambut cepat rosak, putus dan bercabang dihujungnya.

DIY Sunburn Treatment


Bercuti di tepian pantai memang menyeronokkan. Melakukan pelbagai aktiviti pantai seperti menaiki banana boat, parasailing, snorkeling atau hanya berenang bebas di lautan luas. Tetapi apa yang merunsingkan walau setelah memakai sunblock terlebih dahulu tetap juga bahagian kulit yang tidak bertutup mendapat sunburn. Jikalau kaki dan tangan sahaja tak mengapalah, inikan pulak kulit wajah juga berubah warna keperangan. Sunburn atau selaran mentari ini bukan saja menggelapkan warna kulit asal malah ia juga menyebabkan kulit pedih,kemerahan dan gatal-gatal.

Bagaimanakah mengatasi masalah ini? Terdapat beberapa cara yang anda dapat lakukan sendiri di rumah mengikut keselesaan anda. Pelajari teknik dan alternatif yang murah dan mudah ini:

1)      Gunakan semangkuk yogurt natural (tidak berperisa) yang masih sejuk lalu di letakkan di permukaan kulit wajah anda selama 8 ke 12 minit. Kemudian bilas dengan air suhu biasa. Bahan aktif di dalam yogurt ini sangat membantu menghilangkan rengsa pada kulit.
2)      Ambil beberapa ketul isi buah tembikai. Hancurkan dan letakkan pada wajah anda. Biarkan sehingga kering lalu basuh lah dengan air biasa. Tembikai adalah bahan penyejuk semulajadi yang dapat mengurangkan simptom panas bawah kulit dan mengurangkan kemerahan.
3)      Rendam sehelai tuala kecil di dalam semangkuk susu yang sejuk. Kemudian perah tuala sedikit (jangan terlalu kering). Pedapkan tuala tersebut pada kulit yang anda ingin rawati. Ulangi langkah tersebut beberapa kali. Akhirnya bilas dengan air biasa. Susu ialah bahan pelembap semulajadi yang dapat mengembalikan kelembapan kulit kering dan mengelupas.
4)      Alternatif terakhir yang dapat membantu anda ialah penggunaan daun lidah buaya. Potong daunnya dan ambil jel yang terkandung di dalamnya. Sapukan pada wajah anda dan diamkan selama 3 minit. Kemudian bilas. Lakukan beberapa kali. Anda juga boleh membeli krim atau gel di kedai-kedai yang berasaskan aloe vera. Aloe Vera ialah bahan pelembap dan pencuci yang sangat baik untuk kulit. Ia boleh menghilangkan rasa gatal-gatal kulit dan membersihkan kulit dengan sempurna.

Tentu bagus sekiranya kita dapat mengelakkan sunburn ini sebelum terjadi. Pakailah tabir suria yang bersesuaian dengan jenis aktiviti yang anda ingin lakukan. Tipsnya ialah kenal pasti berapa lama anda mungkin terdedah dengan sinaran matahari dan pilih SPF yang sesuai. Sekiranya anda sekadar pergi dan pulang dari kerja SPF15 tentu memadai. Tetapi jika anda sering berada di luar dari tempat teduh SPF40 menjadi pilihan. Untuk pencinta sukan outdoor dan acara pantai pilihlah SPF150.