Sunday, December 22, 2013

Cool Picks! Eat Well

                                                               



eat what u love
love what u eat
 
eat to live
not live to eat
 
eat well
is live well
 
eat fresh
is fresh living
 
You are what u eat.

Jangan takut mencuba facial


Salam Sayang Semua,
 
Sudahkah anda melakukan rawatan kulit muka (facial) hari ini? Minggu ini? Bulan ini? TAHUN INI?
 
Ya, 2013 semakin meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari lagi tahun baru akan menjelma. Dengan pelbagai peristiwa pahit dan manis yang telah kita lalui maka lahirlah tahun baru yang seterusnya di dalam kehidupan kita. Sekiranya kita masih tidak menyelesaikan perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan pada tahun 2013 ini, maka kerja-kerja itu akan bertambah pada tahun hadapan.
 
Begitulah juga halnya dengan isu penjagaan kulit wajah. Sekiranya kita tidak memberi perhatian pada kulit wajah pada waktu yang sewajarnya maka terdapat banyak masalah kulit seperti jerawat, tona tidak sekata akibat sinar uv, white/black head, pigmentation, kekeringan dan minyak berlebihan akan merunsingkan kita akhirnya. Hari berganti bulan bertukar tahun namun tiada penyelesaian.
 
Maka tidaklah salah sekiranya kita membuat tindakan bijak dengan mengatur temujanji bersama pakar-pakar kulit kecantikan untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang apakah jenis facial yang harus kita lakukan. Lakukanlah rawatan facial hari ini dan ucapkanlah selamat tinggal pada kulit mati.
 
Selamat mencuba!