Ya ampun...... beribu kalinya pada semua pelanggan setia SWISS mahupun yang baru berjinak-jinak berkunjung, yang telah menghantar email menanyakan apa lagi promo menarik untuk bulan ini. Kami telah terlambat mengeluarkan promo Jun 2012. However, nah ini dia...promo terbaru yang menampilkan harga sangat menarik dengan kualiti servis yang anda sedia tahu.
Jangan terharu ye... :) this is all for you dearies...
Monday, June 11, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Tips Penjagaan Rambut
Setiap orang memiliki jenis rambut yang berbeza dan menghadapi masalah yang berbeza-beza juga. Namun perkara utama yang perlu dikenal pasti ialah untuk mengenali sendiri jenis rambut anda. Dengan itu mudahlah anda merawatnya.
Rambut Kering
Gunakan syampu yang mengandungi repair system dan reconstructor yang baik. Penggunaan kondisioner adalah kemestian setiap kali selepas bersyampu. Lengkapkan dengan serum rambut yang sesuai setelah rambut di lap hampir kering.
Rambut kasar dan susah diurus
Gunakan serum rambut yang mengandungi perlindungan dan memberi sinar pada rambut untuk menghalang rambut bergumpal dan berterbangan. Jika anda berambut kerinting, pilihlah minyak/gel pelembut yang sesuai (curl definer). Amalkan memakai semburan rambut berasaskan susu atau bahan pelembap yang lain sebelum menggunakan iron rambut atau hair blow.
Permed hair/rebonding
Pastikan anda menggunakan produk yang spesifik tertulis untuk permed atau rebonding kerana ia memberi perbezaan yang besar. Rambut yang telah pun dikenakan bahan chemical perlu menggunakan produk yang khas. Ini kerana bahan-bahan campuran di dalamnya telah dirumus khas untuk merawat jenis rambut begini. Cuba gunakan jebis condisioner yang leave-in.
Rambut berwarna
Anda memerlukan jenis syampu dan kondisioner yang dapat mengekalkan warna rambut dan mengembalikan kelembapan rambut agar ia terus sihat bersinar. Anda juga boleh menggunakan 2 jenis syampu secara bergilir iaitu color locking syampoo dan mosturising syampoo. Penjagaan yang tidak rapi terhadap rambut berwarna akan menyebabkan rambut cepat rosak, putus dan bercabang dihujungnya.
DIY Sunburn Treatment
Bercuti di tepian pantai memang menyeronokkan. Melakukan pelbagai aktiviti pantai seperti menaiki banana boat, parasailing, snorkeling atau hanya berenang bebas di lautan luas. Tetapi apa yang merunsingkan walau setelah memakai sunblock terlebih dahulu tetap juga bahagian kulit yang tidak bertutup mendapat sunburn. Jikalau kaki dan tangan sahaja tak mengapalah, inikan pulak kulit wajah juga berubah warna keperangan. Sunburn atau selaran mentari ini bukan saja menggelapkan warna kulit asal malah ia juga menyebabkan kulit pedih,kemerahan dan gatal-gatal.
Bagaimanakah mengatasi masalah ini? Terdapat beberapa cara yang anda dapat lakukan sendiri di rumah mengikut keselesaan anda. Pelajari teknik dan alternatif yang murah dan mudah ini:
1) Gunakan semangkuk yogurt natural (tidak berperisa) yang masih sejuk lalu di letakkan di permukaan kulit wajah anda selama 8 ke 12 minit. Kemudian bilas dengan air suhu biasa. Bahan aktif di dalam yogurt ini sangat membantu menghilangkan rengsa pada kulit.
2) Ambil beberapa ketul isi buah tembikai. Hancurkan dan letakkan pada wajah anda. Biarkan sehingga kering lalu basuh lah dengan air biasa. Tembikai adalah bahan penyejuk semulajadi yang dapat mengurangkan simptom panas bawah kulit dan mengurangkan kemerahan.
3) Rendam sehelai tuala kecil di dalam semangkuk susu yang sejuk. Kemudian perah tuala sedikit (jangan terlalu kering). Pedapkan tuala tersebut pada kulit yang anda ingin rawati. Ulangi langkah tersebut beberapa kali. Akhirnya bilas dengan air biasa. Susu ialah bahan pelembap semulajadi yang dapat mengembalikan kelembapan kulit kering dan mengelupas.
4) Alternatif terakhir yang dapat membantu anda ialah penggunaan daun lidah buaya. Potong daunnya dan ambil jel yang terkandung di dalamnya. Sapukan pada wajah anda dan diamkan selama 3 minit. Kemudian bilas. Lakukan beberapa kali. Anda juga boleh membeli krim atau gel di kedai-kedai yang berasaskan aloe vera. Aloe Vera ialah bahan pelembap dan pencuci yang sangat baik untuk kulit. Ia boleh menghilangkan rasa gatal-gatal kulit dan membersihkan kulit dengan sempurna.
Tentu bagus sekiranya kita dapat mengelakkan sunburn ini sebelum terjadi. Pakailah tabir suria yang bersesuaian dengan jenis aktiviti yang anda ingin lakukan. Tipsnya ialah kenal pasti berapa lama anda mungkin terdedah dengan sinaran matahari dan pilih SPF yang sesuai. Sekiranya anda sekadar pergi dan pulang dari kerja SPF15 tentu memadai. Tetapi jika anda sering berada di luar dari tempat teduh SPF40 menjadi pilihan. Untuk pencinta sukan outdoor dan acara pantai pilihlah SPF150.
Tuesday, March 20, 2012
Mari Manjakan Diri.... bukan Manjakani :p
Salam puan-puan, adik-adik, kakak sekalian. Entry pada kali ini telah diambil bersempena tajuk email salah seorang customer SWISS yang sangat kreatif. (Thank you dik, u made my day with this hillarious tittle )
Tidak semua daripada kita berpeluang untuk memanjakan diri dengan perawatan kecantikan di spa-spa yang terdapat di Malaysia ini. Dengan kesibukan masa yang mengejar, jadual kerja yang bisa melenyapkan keinginan dan perhatian yang perlu diberikan terhadap kesayangan, maka kita sering mengabaikan perhatian terhadap diri sendiri.
Di celah kesibukan akhirnya terjumpa suatu masa lapang yang boleh digunakan untuk diri sendiri. Namun tidaklah lama. Mungkin 15-30 minit sahaja. Mahu ke spa? Jln jem? Atau soal harga? Lalu teringat….. saat berpeluang ke luar negara (dgn Groupon murah saja!) seperti Krabi, Siem Reap, Bangkok, Jakarta dan lain-lain.. ramai yang tidak melepaskan peluang berurut, body spa ataupun membuat mani pedi. Ini kerana harga yang ditawarkan murah sekali! Puas hati yang paling penting.
Kesimpulan dari semua cerita, teruslah saja capai sebiji baldi. Buka peti ais dan lihat apa yang ada. Mungkin buah tembikai atau buah limau (dah 2 weeks old!) blender saje. Masukkan ke dalam baldi tadi. Campur sedikit ais batu atau air sejuk. Dan nah…sekarang rendamlah kaki anda ke dalamnya. Nyaman sekali! Murah dan sangat natural!
Nota kaki : Tembikai adalah bahan penyejuk yang sangat hebat untuk menghilangkan sunburn atau kulit letih. Manakala limau pula yang mengandungi asid sitrik ini sangat berhasil untuk mengilangkan kotoran-kotoran pada kulit sekaligus menghilangkan bau-bauan dan mencerahkan kulit anda.
What’s in your fridge?
Tuesday, March 13, 2012
Creambath Itu Enak
Bagi sang pria, sangat mudah tertarik pada wanita yang berambut cantik dan bersinar. Malangnya bagi wanita untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan rambut amat payah apa lagi setelah melahirkan anak atau cukup dengan kesibukan fail-fail menggunung di pejabat.
Apa caranya?
Creambath bukan saja berupaya memberi nutrisi pada akar rambut malah menguatkan akar rambut dan mencegah kebotakan rambut. Ia meransang metabolisme di bawah kulit agar rambut tumbuh lebat dan hitam mencegah uban. Kulit kepala akan di urut sewaktu proses creambath berlangsung, kepala menjadi ringan kerana ia melancarkan peredaran darah di kepala. Sekaligus ia menghilangkan sakit-sakit kepala atau pening-pening yang mengganggu aktiviti harian anda.
Cubalah untuk bukti sendiri.
Perlu @ Tidak ??
Soalan
Saya seorang gadis berumur 21 tahun dan masih menuntut di pusat pengajian tinggi. Selalu saya mendengar tentang rawatan body scrub, mandi susu, facial, body mask dan segala yang berkaitan dengan 'body SPA' daripada orang yang lebih tua seperti ibu saya, auntie saya, kakak-kakak saya tak kurang juga di dalam majalah. Soalan saya, adakah ianya perlu untuk gadis yang masih muda seperti saya? Adakah benar ianya untuk orang yang bakal berkahwin sahaja atau orang yang telah berkahwin?
Jawapan
Rawatan body SPA iaitu termasuklah semua yang adik sebutkan di atas adalah tidak terhad kepada wanita yang bakal berkahwin atau telah berkahwin sahaja. Malah digalakkan sedari muda anak-anak gadis mula berjinak dengan jagaan kecantikan alami (natural). Ini kerana, rawatan penjagaan ini adalah sebenarnya rutin kecantikan yang harus kita amalkan selalu supaya apabila masa berlalu kita tidak terkejut melihat cermin dan mendapati lebihan isi dimana-mana atau resah melihat cermin, diri sangat cepat dimakan usia.
Oleh itu saya mencadangkan adik mengetahui terlebih dahulu setiap manfaat pada satu-satu rawatan seperti mengapa kita berlulur, sauna (mandi wap), mangir (memakai masker), mandi susu dan sebagainya. Semua ini ada kaitannya dengan amalan kesihatan cara tradisi yang diamalkan nenek moyang kita. Justeru, rutin ini bebas mesin, chemical dan seiring alam semulajadi makanya orang-orang tua dahulu kala hidup lebih lama dan awet muda. Tidak perlu bantuan bahan asing atau sebarang kaedah pembedahan mahupun laser. Mereka bermula seawal usia akil baligh dan mula menitik beratkan perihal kecantikan dan kesihatan. Jelas perlu diingat, penjagaan kecantikan secara semulajadi tidak berhasil dalam satu hari sahaja. Ia menuntut kerjasama minda dan pengorbanan masa agar fikiran benar-benar merasa rehat tatkala badan ternyah cas-cas negatif.
Tua seiring usia dimana salahnya kan?
What do you see?

Hello Pencinta Kuku!
Bagaimanakah bentuk kuku anda ?
Dikatakan bentuk kuku mampu merungkai jenis personaliti dan peribadi seseorang. Tak hairanlah ada yang sanggup berhabisan setiap bulan demi menjaga kukunya dengan rawatan manicure dan pedicure. Bentuk kuku yang diasah rapi tatkala selepas memotong dan mengilatkannya pula pasti mencuri pandangan sesiapa sahaja. Namun tertib penjagaan kuku dan jari jemari adalah sangat penting dan sama sahaja bagi setiap orang. Dengan perhatian dan rawatan yang betul dapat mengelakkan kuku kita dari dijangkiti bakteria, kuku pecah-pecah, kuku kekuningan,isi-isi di tepi kuku mengeras dan permukaan tapak tangan yang kasar.
Tidak semestinya rawatan penjagaan dan kecantikan kuku ini dilakukan di kedai-kedai kuku sahaja. Kita juga bisa membuatnya sendiri di rumah. Bagaimana caranya ? Kenali dulu alatan yang harus digunakan dan mahirkanlah agar tidak terluka pula.
Selamat mencuba...

Sunday, March 11, 2012
Mengapa kita melakukan lulur badan@body scrub?
Kulit badan manusia terdiri daripada 2 lapisan iaitu epidermis dan dermis. Di dalam lapisan epidermis ini lah pembentukan sel-sel baru berlaku bagi menggantikan sel-sel yang sudah mati. Lapisan dermis pula dimana terbentuknya kolagen dan elastin. Kulit bekerja sertiap hari menyerap sinaran matahari, menerima ransangan, atau mengeluarkan peluh badan dari setiap pori-pori kulit. Kulit juga boleh mengering, bersisik, berjerawat, berminyak, jangkitan bakteria(kurap,panau,gatal-gatal) dan membentuk warna yang tidak sekata akibat pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang. Justeru, mengapa berlulur ada kaitannya dengan semua ini? Adakah ia sangat penting untuk kita?
Ya!... Kaedah berlulur atau pun ‘body scrub’ ialah rawatan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti coffee, coklat, susu, yogat, strawberry, manggis, betik atau madu yang dicampurkan bersama bahan yang sedikit keras seperti garam, gula, kekacang atau bijian yang dikisar. Setiap bahan yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis kulit,masalah kulit dan tujuan berlulur secara khususnya. Rawatan berlulur dilakukan dengan menyapu rata bahan-bahan ke seluruh bahagian kulit. Peha dan bahagian lipatan belakang lutut juga di bahagian bawah kaki yang paling sering terkena debu-debu dan kotoran juga di tempat-tempat yang jarang dapat dilakukan sendiri saat mandi sendiri di rumah. Rutin ini mampu mengangkat sel-sel kulit mati agar sel-sel kulit baru boleh tumbuh semula. Menghilangkan gatal-gatal badan, membersih kulit secara keseluruhan, memutihkan kulit dan melembapkan kulit agar kulit sentiasa muda dan bebas kedutan.
Subscribe to:
Posts (Atom)