Tuesday, March 13, 2012

Hello Pencinta Kuku!

                                                   Bagaimanakah bentuk kuku anda ?



Dikatakan bentuk kuku mampu merungkai jenis personaliti dan peribadi seseorang. Tak hairanlah ada yang sanggup berhabisan setiap bulan demi menjaga kukunya dengan rawatan manicure dan pedicure. Bentuk kuku yang diasah rapi tatkala selepas memotong dan mengilatkannya pula pasti mencuri pandangan sesiapa sahaja. Namun tertib penjagaan kuku dan jari jemari adalah sangat penting dan sama sahaja bagi setiap orang. Dengan perhatian dan rawatan yang betul dapat mengelakkan kuku kita dari dijangkiti bakteria, kuku pecah-pecah, kuku kekuningan,isi-isi di tepi kuku mengeras dan permukaan tapak tangan yang kasar.

Tidak semestinya rawatan penjagaan dan kecantikan kuku ini dilakukan di kedai-kedai kuku sahaja. Kita juga bisa membuatnya sendiri di rumah. Bagaimana caranya ? Kenali dulu alatan yang harus digunakan dan mahirkanlah agar tidak terluka pula.


                                                                        Selamat mencuba...



No comments: