Sunday, March 10, 2013

Teknik Rebonding



Ramai yang telah mencuba teknik rebonding ini. Kini ia bukan sahaja menjadi trend anak muda hingga ke suri rumah tangga malah ia menjadi suatu perkara penting untuk dilakukan demi mahkota idaman terurus rapi.
Wanita hari ini sibuk bekerja seawal pagi meninggalkan rumah dan lewat petang hingga ke malam menjelma baru selesai tugas pejabat. Yang dirumah pula sibuk mengurus anak dan keperluan harian mereka. Tidak kurang pula bagi para pelajar yang sering tidur lewat menyiapkan tugasan pensyarah berikan setiap hari. Kesemua wanita dicemburui waktu dan membataskan kita dari penjagaan rambut yang maksima.
Oleh itu, teknik rebonding ada jawapannya.

1) Perawatan ini dilakukan selepas anda bersyampu dan mengeringkan rambut.
2) Sapukan ubat pertama ke seluruh rambut dimulakan dengan rambut di bahagian bawah dahulu.
    Sapukan rata hingga ke hujung rambut dan sikat 1 kali agar rambut tidak bergumpal.
3) Sapukan perlahan-lahan hingga naik ke bahagian atas kepala.
4) Sapukan di bahagian tepi telinga, bahagian rambut hadapan dan sikat ia mengikut belahan yang
    anda mahukan.
5) Apabila siap disapu kesemuanya, biarkan seketika selama 15-20 minit.
                                             ...........selesai 15-20 minit................
6) Basuh rambut hingga bersih tanpa syampu dan kondisioner. Keringkan rambut menggunakan
    pengering rambut.
7) Kini tiba masanya untuk anda gunakan flat iron. Ambil sedikit demi sedikit helaian rambut.
    Lakukannya sehingga habis.
8) Sapukan pula ubat kedua mengikut cara sapuan ubat pertama sehingga ke semua bahagian rambut.
9) Biarkan selama 15-20 minit
                                              ...............selesai 15-20 minit...................
10) Basuh rambut hingga bersih tanpa syampu dan kondisioner. Keringkan rambut menggunakan
      pengering rambut.
7) Gunakan flat iron. Ambil sedikit demi sedikit helaian rambut lakukannya sehingga habis.
8) Selesai.

* Anda dinasihatkan agar tidak membasahkan rambut selama 3 hari atau berpeluh dengan banyak hingga menyebabkan kulit kepala anda berminyak dan berpeluh.
* Mengambil masa 3 ke 4 jam untuk keseluruhan proses.

Selepas melakukan rawatan ini keatas rambut anda, kini anda tidak lagi perlu risau akan penampilan diri dikala sibuk berpanjangan. Bahkan rambut terurus rapi tatkala baru bangun dari tidur pun!

Ubat Rebonding 1(hitam) + Ubat Rebonding ke-2(putih) = RM 88.00
 
Atau lakukan di salon kami dengan kos upah hanya dari RM40! Termasuk  rawatan rambut percuma.
Kunjungi Serai Wangi Spa & Salon sekarang

1 comment:

Unknown said...

Mcm mane lau sy nk order ubt rebonding ni.