Monday, November 21, 2011

MAKAN SEMUA

Makan semua
Tiada istilah makanan yang baik atau tidak baik untuk kesihatan. Bagaimana? Kesederhanaan dan kepelbagaian ialah kata kunci untuk menikmati kesemua jenis makanan. Bagi pencinta diet, kawalan terhadap pengambilan makanan sangat dititik beratkan tetapi jangan dilupa bahawa setiap jenis makanan punya nutrisi dan fungsi tertentu untuk sistem badan bekerja hingga ke akhir hayat.
Menurut nota modul nutrisi,  kita harus selalu berupaya membahagikan jenis makanan  yang diambil iaitu :
1)      Makanan yang diambil selalu
2)      Makanan yang diambil kadang-kadang
3)      Makanan yang diambil jarang-jarang
4)      Terlalu banyak mengambil makanan yang diambil jarang-jarang dan terlalu sedikit mengambil makanan yang diambil selalu =  diet yang salah!

Bagaimana ini berlaku?
Sebagai contoh makanan yang diambil selalu rakyat Malaysia umumnya ialah nasi berlauk. Makanan yang diambil kadang-kadang pula ialah seperti mee goreng/kuew teow goreng manakala  makanan yang diambil jarang-jarang  iaitu makanan ringan seperti snack, aiskrim dan sebagainya. Tetapi sekiranya pengambilan makanan yang selalu diambil telah dikurangkan kerana berpendapat ia menggemukkan dan memperbanyakkan  pengambilan makanan yang jarang diambil kerana merasakan ia lebih ringan maka boleh menurunkan berat badan. Anda salah!
Diet yang seimbang ialah :
a)      Mencukupi  - memberi  tenaga, nutrisi,fiber dan vitamin
b)      Sederhana   - mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana. Tidak berlebihan
c)       Seimbang    - mengambil kombinasi makanan yang mengangdungi  nutrisi yang seimbang
d)      Kepelbagaian - mengambil jenis makanan yang berbeza dari kelompok makanan yang sama
e)      Waktu makan – makan waktu pagi ialah penting  dan makan tengahari adalah kemestian, makan malam ialah pilihan.
Jadi,
Selamat menikmati makanan semua!

No comments: