Sunday, March 11, 2012

Mengapa kita melakukan lulur badan@body scrub?

Kulit badan manusia terdiri daripada 2 lapisan iaitu epidermis dan dermis. Di dalam lapisan epidermis ini lah pembentukan sel-sel baru berlaku bagi menggantikan sel-sel yang sudah mati. Lapisan dermis pula dimana terbentuknya kolagen dan elastin. Kulit bekerja sertiap hari menyerap sinaran matahari, menerima ransangan, atau mengeluarkan peluh badan dari setiap pori-pori kulit. Kulit juga boleh mengering, bersisik, berjerawat, berminyak, jangkitan bakteria(kurap,panau,gatal-gatal) dan membentuk warna yang tidak sekata akibat pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang. Justeru, mengapa berlulur ada kaitannya dengan semua ini? Adakah ia sangat penting untuk kita?
Ya!... Kaedah berlulur atau pun ‘body scrub’ ialah rawatan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti coffee, coklat, susu, yogat, strawberry, manggis, betik atau madu yang dicampurkan  bersama bahan yang sedikit keras seperti garam, gula, kekacang atau bijian yang dikisar. Setiap bahan yang digunakan adalah  berbeza mengikut jenis kulit,masalah kulit dan tujuan berlulur secara khususnya. Rawatan berlulur dilakukan  dengan menyapu rata bahan-bahan ke seluruh bahagian kulit. Peha dan bahagian lipatan belakang lutut juga di bahagian bawah kaki yang paling sering terkena debu-debu dan kotoran juga di tempat-tempat yang jarang dapat dilakukan sendiri saat mandi sendiri di rumah. Rutin ini mampu mengangkat sel-sel kulit mati agar sel-sel kulit baru boleh tumbuh semula. Menghilangkan gatal-gatal badan, membersih kulit secara keseluruhan, memutihkan kulit dan melembapkan kulit agar kulit sentiasa muda dan bebas kedutan.

No comments: