Tuesday, March 13, 2012

Perlu @ Tidak ??

Soalan
Saya seorang gadis berumur 21 tahun dan masih menuntut di pusat pengajian tinggi. Selalu saya mendengar tentang rawatan body scrub, mandi susu, facial, body mask dan segala yang berkaitan dengan 'body SPA' daripada orang yang lebih tua seperti ibu saya, auntie saya, kakak-kakak saya tak kurang juga di dalam majalah. Soalan saya, adakah ianya perlu untuk gadis yang masih muda seperti saya? Adakah benar ianya untuk orang yang bakal berkahwin sahaja atau orang yang telah berkahwin?

Jawapan
Rawatan body SPA iaitu termasuklah semua yang adik sebutkan di atas adalah tidak terhad kepada wanita yang bakal berkahwin atau telah berkahwin sahaja. Malah digalakkan sedari muda anak-anak gadis mula berjinak dengan jagaan kecantikan alami (natural). Ini kerana, rawatan penjagaan ini adalah sebenarnya rutin kecantikan yang harus kita amalkan selalu supaya apabila masa berlalu kita tidak terkejut melihat cermin dan mendapati lebihan isi dimana-mana atau resah melihat cermin, diri sangat cepat dimakan usia.

Oleh itu saya mencadangkan adik mengetahui terlebih dahulu setiap manfaat pada satu-satu rawatan seperti mengapa kita berlulur, sauna (mandi wap), mangir (memakai masker), mandi susu dan sebagainya. Semua ini ada kaitannya dengan amalan kesihatan cara tradisi yang diamalkan nenek moyang kita. Justeru, rutin ini bebas mesin, chemical dan seiring alam semulajadi makanya orang-orang tua dahulu kala hidup lebih lama dan awet muda. Tidak perlu bantuan bahan asing atau sebarang kaedah pembedahan mahupun laser. Mereka bermula seawal usia akil baligh dan mula menitik beratkan perihal kecantikan dan kesihatan. Jelas perlu diingat, penjagaan kecantikan secara semulajadi tidak berhasil dalam satu hari sahaja. Ia menuntut kerjasama minda dan pengorbanan masa agar fikiran benar-benar merasa rehat tatkala badan ternyah cas-cas negatif.

Tua seiring usia dimana salahnya kan?

                                                                    
                                                                      What do you see?

No comments: