Tuesday, March 20, 2012

Mari Manjakan Diri.... bukan Manjakani :p

Salam puan-puan, adik-adik, kakak sekalian. Entry pada kali ini telah diambil bersempena tajuk email salah seorang customer SWISS yang sangat kreatif. (Thank you dik, u made my day with this hillarious tittle )
Tidak semua daripada kita berpeluang untuk memanjakan diri dengan perawatan kecantikan di spa-spa yang terdapat di Malaysia ini. Dengan kesibukan masa yang mengejar, jadual kerja yang bisa melenyapkan keinginan dan  perhatian  yang perlu diberikan terhadap kesayangan, maka kita sering mengabaikan perhatian terhadap diri sendiri.
 Di celah kesibukan akhirnya terjumpa suatu masa lapang yang boleh digunakan untuk diri sendiri. Namun tidaklah lama. Mungkin 15-30 minit sahaja.  Mahu ke spa?  Jln jem?  Atau soal harga?  Lalu teringat….. saat berpeluang ke luar negara (dgn Groupon murah saja!) seperti Krabi, Siem Reap, Bangkok, Jakarta dan lain-lain.. ramai yang tidak melepaskan peluang berurut, body spa ataupun membuat mani pedi. Ini kerana harga yang ditawarkan murah sekali! Puas hati yang paling penting.
Kesimpulan dari semua cerita, teruslah saja capai sebiji baldi. Buka peti ais dan lihat apa yang ada. Mungkin buah tembikai atau buah limau (dah 2 weeks old!) blender saje. Masukkan ke dalam baldi tadi. Campur sedikit ais batu atau air sejuk. Dan nah…sekarang rendamlah kaki anda ke dalamnya. Nyaman sekali! Murah dan sangat natural!
Nota kaki : Tembikai adalah bahan penyejuk yang sangat hebat untuk menghilangkan sunburn atau kulit letih. Manakala limau pula yang mengandungi asid sitrik ini sangat berhasil untuk mengilangkan kotoran-kotoran pada kulit sekaligus menghilangkan bau-bauan dan mencerahkan kulit anda.


                                                             What’s in your fridge?

1 comment:

lynn said...

Saya mempunyai produk untuk gold facial bagi bakal pengantin. Jenama shahnaz husain. sudah lebih 40 tahun dalam pasaran. Juga produk diamond untuk anti-ageing dan pearl untuk pemutihan. Plant stem cell juga pigmentation dan diamond. Diskaun menarik untuk pemilik spa.